title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Friday, 6 May 2011

Anything i do, i do it for you..


Bissmillahirahmanirrahim...(alahai, santunnya tiba2..xpa, pendahuluan bagi niat murniku sejak 1 bulan 19 hari yang lepas..hihi)

Tetiba rasa mahu menyusun ayat dalam peneman ku ini. Di sisi, suami tercinta sedang enak dibuai lena, di dalam buaian, Aniq sedang bermimpi indah. Dan tugasku kini ialah, berjaga malam! yeah!
Sejak Aniq lahir, aku sudah jarang tidur malam yang cukup 4jam. For sure less than that..standard lah..kerja tanpa gaji akan bertambah lepas tukar status cik-->puan/isteri/ibu...
Aniq pula ragamnya tidak tidur malam..sekejap2 mesti terjaga.Selalunya, mestilah aku geram jugak sebab x sampai 2minit dodoikan dia, dah terbuka besar mata yang bersinar-sinar memandang siling rumah. Boleh dikatakan 1 malam, habis 1 CD lagu aku nyanyi. So, malam ni, aku lewatkan sikit tidur supaya tahap geramku rendah sedikit dan tempohnya tidak lama sebab masa tidurku belum bermula untuk diganggu berulang kali..
Sepatutnya malam ini, encik suami mengofferkan diri untuk berjaga, mata ku bersinar-sinar kesukaan..tapi akhir cerita, aku menolak tawaran lumayan itu..tidak apa..berjaga bukan utk buat benda tidak baik...untuk Aniq seorang..
Aniq, tak kisahlah badan mama jadi lesu, mata da macam mata panda, asalkan Aniq dapat mama jaga sebaik mungkin sebelum mama mula bekerja semula (dan pastinya, even sudah bekerja, Aniq tidak ku abaikan..insyaAllah dipermudahkan segala urusan)...I do it just for you, my dear Aniq...

No comments: