title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Friday, 6 May 2011

Diary Untuk Aniq


Hari ini selepas menjadi milik kepada mama
Ambillah ini sebagai ingatan
Setiap detik, setiap saat dan setiap langkah
tercoret di dalamnya..

Terujanya rasa tatkala mengetahui
yang kini, Aniq
Allah titipkan untuk mama dan babah
Ketika itu, hanya Allah mengetahui bagaimana
perasaan yang dulunya hanya kedengaran dari mulut orang
Aniq membesar di dalam sana bersama segala susah payah mama
bersama suka duka mama
dan seribu satu rasa mama dan babah

Gembiranya rasa tatkala melihat sendiri
Aniq melalui imbasan ultrasound
terlihat jantung yang berdegub kencang
terlihat tulang belakang yang semakin ketara
terlihat kaki dan tangan yg sudah bertunas
mengalir air mata melihat setiap tubuh Aniq setiap kali itu

Berdebarnya rasa tatkala hari bertemu Aniq semakin hampir
Berat sudah seakan tidak tertanggung
Sakit-sakit mula di rasai
dan tika itu,
mama yakin.detik bertemu Aniq semakin menghampiri mama

Terharunya rasa tatkala terdengar tangisan mu Aniq
Ya, itu yang pertama kalinya
Dan menitis lagi air mata apabila kau
ku dakap longlai
Hilang semua kesakitan
Lenyap segala rasa kepayahan
Alhamdulillah, Dia membantu mama
memberi kekuatan untuk melahirkan mu, Aniq

Membesarlah dengan sihat anakku
Membesarlah sebagai anak yang soleh
yang tahu jerih perih orang lain
dan
belajarlah menghargainya
Semoga kau kekal disayangi...





>>>>>>>>>>>>Mama Love Aniq<<<<<<<<<<<<<<<<

No comments: