title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Friday, 6 May 2011

My life is complete!


Alhamdulillah..pada 15.03.2011, aku lengkap bergelar ibu kepada seorang cahaya mata yang paling comel di dunia ini bagiku..Aniq Allam Ahza Bin Alamudin, bayi lelaki seberat 2.8kg, selamat kulahirkan secara normal pada pukul 12.15am..Alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memberiku kekuatan dan semangat dalam melalui detik-detik wajib sebelum bergelar ibu..

Kini, Aniq hampir genap sebulan..selama beberapa minggu ini, pengalaman sedih sebagai ibu, Aniq terkena penyakit kuning (jaundice)..sedih sekali melihat, bayi kecik diambil darah setiap minggu..tangan kecil dicucuk disana sini.

3 hari Aniq dan aku dimasukkan ke dalam wad untuk fototerapi, namun kuning Aniq tidak turun-turun juga..pelbagai ikhtiar suda dibuat..mandi air itu ini, mandi air bacaan Quran, minum susu kambing, minum teh pegaga dan sebut saja apa dia, semua sudah dicuba..namun nilai bacaan utk kuning Aniq masih tinggi..doktor mengesahkan Aniq prolonged jaundice..genap usia 3minggu, Aniq perlu diambil darah untuk menguji 5-6 faktor lain penyebab kuningnya tidak pandai surut..tp, belum rela hati sebagai ibu untuk melihat Aniq menangis kesakitan seperti selalunya. cadangku, biarlah selepas Aniq berumur sebulan, baru membawanya ke hospital untuk diambil darah. Dalam masa yang sama, masih seperti sebelumnya, usaha yang pelbagai untuk merawati kuningnya itu.

Hari ini, Aniq berumur 28 hari..Kelihatan secara fizikal, kuningn= Aniq semakin surut..mata putihnya sudah semakin hilang kuningnya, kulitnya pun sudah semakin menunjukkan perubahan..Alhamdulillah..esok, akan cek tahap kuning lagi. Mudah-mudahan kuningnya turun lagi, dan lagi sehingga hilang terus..amin..

No comments: