title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Friday, 6 May 2011

Neonatal Jaundice (Penyakit kuning pada bayi)


Salam kpd semua readers. Kali ini, berikan sy ruang utk bercerita sedikit pengalaman mengenai penyakit Neonatal Jaundice atau kuning pada bayi. Anak pertama sy, Aniq mendapat kuning seawal hari ke dua selepas lahir. Bacaan yang dicatat pada kali pertamanya sudah mencecah angka 260 umol l/l. Nurse yang datang ke rumah pada masa itu menyarakan agar sy memantau secara kerap tahap kuning Aniq. Nurse tersebut menyuruh saya untuk ke klinik ibu dan anak pada petang tersebut, namun mungkin disebabkan tersalah faham, sy tidak membawa Aniq utk pemeriksaan pd ptg tersebut.

Pd keesokkan harinya, tahap kuningnya mencecah 280 umol l/l. Disebabkan pemeriksaan dibuat pada sebelah tengahari, doktor menyarankan agar Aniq dibawa ke hospital pada keesokkan paginya. Pd hari itu, Aniq tidur sepanjang hari . Bangun utk menyusu pun tidak mahu. Melihat keadaannya yang semakin lemah dan tidak bertenaga, sy dan suami membawanya ke hospital bahagian kecemasan. Pada malam itu juga Aniq dimasukkan ke dalam wad kerana bacaan kuningnya mencecah 298 umol l/l. Fototerapi dipasang kepada Aniq. Fototerapi adalah salah satu cara di mana bayi diletakkan di bawah sinaran lampu biru yang mana ia memerlukan bayi dalam keadaan bogel. Fototerapi dilakukan utk memecahkan sel bilirubin yg menyebabkan kulit bayi menjadi warna kekuningan.

Kali pertama berada di bawah sinaran lampu, Aniq menangis sekuatnya. Mungkin belum biasa dengan keadaan di mana mata tertutup dan tanpa sentuhan sy. Sayu hati melihat tubuh kecil dibaringkan tanpa baju di bawah lampu dengan mata ditutup. Keesokkan harinya, kuning Aniq berkurang kepada 264 umol l/l. Aniq dibenarkan pulang walaupun tahap kuning yang dibenarkan pulang adalah 260 umol l/l. W/bgimana pun, pemeriksaan selanjutnya mesti dilakukan pd keesokkan hari. Saya berusaha sekerap mungkin menyusukan Aniq. Terdapat sedikit perubahan, namun esokknya kuning Aniq tidak turun malah meningkat kembali sehingga 289 umol l/l. Mahu tidak mahu, sy terpaksa mengemas kembali pakaian utk 'bercuti' di wad kuning selama 2 hari bersama-sama Aniq. Selama 2 hari, kuning Aniq berkurang, sehinggalah kami dibenarkan pulang, alhamdulillah..
(gambar contoh)
Walaubagaimanapun, keadaan yg sama berulang apabila kami kembali ke rumah. Setiap kali diperiksa, kuning Aniq meningkat sehingga sy menjadi fobia utk mengambil kertas keputusan. Doktor mendiagnosiskan Aniq seagai prolonged jaundice ataupun jaundice berpanjangan. Ketika itu, sokongan moral dari semua orang sgt2 diperlukan. Ketika umur Aniq mencapai 3 minggu, doktor menyarankan agar ujian darah dan air kencing dilakukan ke atas Aniq. Disebabkan perasaan sedih dan kasihankan Aniq yang masih kecil, saya menjadi tidak sampai hati untuk membiarkan ujian tersebut dilakukan. Membenarkannya sama seperti membiarkan tangannya dicucuk dengan kerap untuk mengambil darah dalam kuantiti yg agak banyak (memang tidak wajar utk menolak saranan doktor jika kita benar2 mahu pastikan anak kita sihat, tetapi hati ibu.....pelbagai perasaan bermain di fikiran). Keputusan sy dan suami buat adalah menunggu sehingga Aniq mencapai usia 4 minggu. Jika selepas itu, kuningnya tidak turun, kami akan membawanya utk menjalani ujian2 tersebut.  Ini kerana, jika dilihat secara kasar, Aniq semakin pulih kerana telah mula menyusu dgn kerap, mula memberikan respon terhadap sekeliling dan akan terjaga sekiranya lapar. Namun, belum membuahkan hasil. Pelbagai usaha telah kami lakukan sekeluarga. bermula dengan memakan tablet susu kambing, mandi air rebusan tumbuhan spt daun bunga raya, daun pegaga, daun dukung anak, air rebusan buah kundur, teh cina , meminum teh pegaga, madu dan banyak lagi. Walaupun susu kambing begitu pelik rasanya, sy gagahi diri utk meminumnya. Sy semakin tertekan. Suami dan keluarga memberikan sokongan dan nasihat berpanjangan. Begitu jg dgn rakan2. Sy bernazar utk setiap kali nilai bacaan kuning Aniq berkurang, sy akan bersedekah di masjid/surau berdekatan.

Sekitar umur Aniq mencecah 4 minggu, alhamdulillah, kuning semakin turun dan turun. Kini, Aniq kelihatan semakin sihat. Badannya mula berisi. Sudah kerap menggeliat dan menendang-nendang. Kadang-kadang, kalau Aniq menangis, sy akan biarkan seketika sblm mententeramkannya agar jantungnya boleh bekerja dgn baik. Berat juga semakin bertambah. Tangan dan kaki juga mula berlekuk-lekuk. Semoga Aniq membesar dgn sihat tanpa sebarang masalah serius.
Kpd readers yang menghadapi masalah sama, apa yang dapat saya katakan..

~Jangan mudah putus asa dan tertekan. Perasaan tertekan boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.
~Teruskan BF (breastfeeding) sebaik-baiknya kerana tiada penawar lain selain SUSU IBU yang Allah ciptakan.
~Ikut saranan doktor untuk melihat faktor lain penyebab kuning yang lambat surut.
~Berusaha dan terus berusaha serta berdoa kepada Allah SWT. 




No comments: