title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 22 May 2011

surat cinta dari pendamping setia

Surat Terbuka dari Iblis



Sayang,



Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak =
berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana =
waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca =
Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.



Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus =
sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang =
budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan =
tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam =
yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari =
tidurmu.Bila subuh datang menjelang,udara masih dingin,tariklah =
selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.



Aku lihat angkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana =
angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill =
rumahmu.Aku engkau tidak pernah membaca Bismillah  sewaktu hendak =
makan.Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah =
kenyang,engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus =
juga.Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.



Hai sayangku manusia yang amat kucintai,

semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau =
dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk =
air.Ini sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit =
dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah =
kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk =
kegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting dan =
membeli kemewahan dunia.



Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak =
mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini =
bagus juga  kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam =
orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau =
belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau =
telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah =
tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.



duhai sayangku manusia,

Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar =
seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat =
hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu =
malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas =
kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,aku =
tetap gembira kerana ada  diantara kamu yang masih sudi menjadi =
temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang =
sia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai =
tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU =
manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang =
dirahmati ini.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat berjalan =
bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......





sahabatmu yang tercinta,

IBLIS LAKNATULLAH 

<<<<fwd msg yg sy terima dari seorang rakan sudah lama dulu melalui emel..saya dan anda nilaikan sendiri..>>>

No comments: