title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Wednesday, 11 May 2011

Waktu tunang, darah MANIS??

Salam to all readers..
entri kali ni~ benarkah sewaktu bertunang, darah kita 'manis'?

"Jaga-jaga, Ar..time2 skg ko dah bertunang ni, darah manis tau..."

itulah dialog yang pernah bos aku ckp dekat aku dl (waktu aku masih keja d private college 2 thn lepas)..Dialog tu bagai terngiang2 kembali selepas aku tgk 1 situasi yang berlaku di sekelilingku.
Awek ni waktu zaman sekolahnya, memang ada boyfriend, tapi dia bukanlah kegilaan orang. Orangnya biasa2 saja..begitu juga sewaktu di matrikulasi (waktu ni dia da break dgn bf zaman sekolah dia) dan di universiti (waktu ni dia takda bf..malas nak fikir da katanya..kawan sj yang ramai)...

Selepas habis alam universiti, dia kembali ke negeri kelahiran nun jauh di sana. Sudah ketentuan Allah, sejauh mana dia merantau mencari ilmu, dia ditemukan pula dengan seorang lelaki yang kali ini betul2 berjaya menarik hatinya dan merelakan utk dikunci serapat2nya hanya kepada lelaki tersebut.

Maka dipendekkan cerita (yang sememangnya panjang utk diikuti..), mereka berdua bertunang..Pertunangan tidaklah terlalu lama..setahun sahaja..
Dugaan mula melanda..Ujian yang dihadapi awek ini silih berganti...Dalam setahun ini, 4 orang lelaki cuba mencuri hatinya dan menyuruh utk bersama mereka..3 daripadanya adalah bekas rakan2 sekolah sejak kecil hingga di bangku sekolah menengah, manakala seorang ini baru dikenali sebagai rakan sekerja.
Bila aku tanya kembali, pernahkah dia bertanya atau diberitahu oleh mereka2 itu kenapa mereka tiba2 mencari kembali awek tersebut. Dan jawapannya memang sudah kujangka : personaliti yang bersahaja, periang dan penyanyang menjadi jawapan. Sememangnya benar. Jika aku ditanya, memang itu juga jawapanku.

Syukur alhamdulillah, awek ini dapat mengelakkan diri dari terjerumus dalam cinta lelaki2 ini. Dia menceritakan kepadaku, ada diantara mereka yang sanngup utk membelikan cincin sebagai peganti cincin tunangnya itu. Ya Allah, sanggup lelaki itu bertindak sebegitu..Tidakkah dia tahu dialah cth perosak hubungan orang lain? Ada juga diantara mereka yang sanggup setiap hari menelefon dan datang ke pejabat tempat awek ini bekerja. Sehinggakan naik rimas dan lemas dengan kelakuan lelaki ini.

Syukur sekali lagi, kini awek itu bahagia bersama suami dan anak yang dikurniakan Allah. Apabila bertemunya, dia berkata kepada aku,

"sehebat mana hadiah dan tawaran yang diberikan oleh mana2 lelaki, aku tidak akan tinggalkan dia (suaminya kini). Biarlah kami hidup dalam keadaan yang kurang sekalipun, dia adalah yang paling ampuh tempat aku bersandar."

Jadi kepada yang diluar sana, kita sama2 ambil ini sebagai panduan untuk kita menimbang2 keadaan. Tidak kira sudah atau belum bertunang, sudah atau belum berkahwin...
kepada sesiapa yang mahu merosakkan hubungan orang, atau yang baru berura2 mau merosakkan, hentikanlah...sebab....tiada faedah pun..carilah yang belum terikat aka single mingle..kan!

4 comments:

Sz said...

heee...
teringat cerita bersiri petang2 @ tv3 "nora elena" ....
layannnn

PutriAlam said...

wah, yaka kak..ada eh? da lama tidak tgk tv lepas bersalin ni..hehhe..

arttati said...

*wink2! seperti ku tahu isi hatimu lalalalala..sebagaimana ku tahu jalan critanya lalalala... aku mendoakan yang terbaik buatmu sbgai seorang sahabat...

PutriAlam said...

ya, doakan yg terbaik utk semua kan..=)