title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Thursday, 25 August 2011

Suami Syurga

Lumrahnya di dunia ini, segalanya ada pasangnya..~malam dan siang, bulan dan matahari, air dan api dan banyak perkara lagi. Sebagai manusia, kita juga tidak terlepas dari kurniaan Allah yang hebat ini.. Suami dan isteri...

Kita sering mendengar, "biarlah cinta kita hingga ke syurga"," tunggu daku di pintu syurga" dan banyak lagi kata-kata tentang pasangan sehingga ke syurga. Bagi wanita, siapa kah pasangan kita di syurga kelak?

Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.



Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)



~~~ayuh sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa kepada-Nya agar si dia yang kita cintai tetap menjadi pasangan kita di syurga nanti...~~~

(dipetik dari sumber http://mediasiber.com/siapa-suamimu-di-syurga-nanti/ )

2 comments:

Tean Fantaghiro said...

macm mana pulak geng dgn wanita yg sdh berkahwin tetapi bercerai & meninggal dunia . tetapi suaminya sdh pun berkahwin dgn wanita lain ? ahahah

Arfazilah Abka said...

~tean
apa yg aku faham n penah faham, suaminya adalah dalam kalangan ahli syurga sekiranya dia pun dalam kalangan ahli syurga..wallahualam...