title bar

Saya SAYANG Followers Saya...=)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aniq Allam Ahza

Sunday, 24 March 2013

Sekarang ni kan...

Almost a year jugak tidak update apa2 dalam blog ini...macam2 sudah terjadi sepanjang tempoh itu..

~Aniq semakin besar dengan sihat..Aniq sudah 2 tahun umurnya..alhamdulillah...semakin petah bercakap, pandai menyanyi, pandai merajuk, pandai mengajuk cakap, suka ikut solat dan semakin memeingkan kepala..heheh..

~Aniq tidak kesampaian mendapat adik baru hujung 2012...Belum rezeki apabila si kecil yang baru 3 bulan bersama di dalam perut sudah dipanggil Ilahi...aku redha...Hujung Oktober adik Aniq pergi... Seorang rakan memberi kata semangat,

"Redha, Ila..mungkin rezeki yang ini Allah belum mahu berikan..dan mungkin ada rezeki yang lain menanti di hadapan..."

~Selepas misscariage, aku kembali aktif dengan netball...Pasukan ku, aku namakan HAIBA..semoga menjadi team yang hebat..Amin...

~Penantian 2 tahun berakhir apabila aku membaca secara online "TAHNIAH! Permohonan pertukaran anda telah BERJAYA!".... akhirnya aku berjaya berpindah dan telah melaporkan diri di sekolah baru ku di SK Bintasan, Kota Marudu..alhamdulilllah...selamat tinggal SK Nukakatan, Tambunan...segala ilmu yang tidak ternilai ku peroleh... (Mungkin inilah rezeki yang Allah mahu berikan dahulu kepada ku...alhamdulillah) 

~Berita baik silih berganti..semoga awal September ini Aniq bakal mendapat adik lagi!! alhamdulillah.. murah rezekiku...somoga kali ini selamat dan sempurna sehingga si kecil lahir melihat dunia..amin... Trimester pertama, bermula episod 'sakit terukku' a.k.a 'whole day sickness'...kes paling teruk sampai tidak dapat makan langsung, berat badan susut teruk, dan ditahan d hospital 3 hari disebabkan demam, selsema dan batuk sehingga mengalami jangkitan kuman pada paru-paru...sakitnya masuk air dan masuk ubat..hohoi...!! kiri kanan tangan kena cucuk..habis lebam2...nasib baik dapat deal dengan doktor untuk discharge awal..hehehe...daya pujuk dan rundingan yang berkesan.. 

~Last but not least, what I can say here is only, Thank You Allah for this precious life..Its really a gift for me ::

No comments: